Monday 19 November 2012

Kekuatan Bakal Pustakawan



Terasa lama tidak menulis di blog. Untuk pengetahuan semua, blog ini masih wujud dan sedia berkongsi pendapat dan pandangan dari segala aspek akademik atau bukan akademik. Terasa ingin menambah penulisan di sini bila mana melihat pelajar-pelajar yang masih belum cukup bersedia untuk ke medan kepustakawanan. Oleh yang demikian, mari kita bercakap mengenai kekuatan kemahiran ICT yang perlu ada dalam setiap pelajar sains perpustakaan ini. Secara teorinya kebanyakkan para pelajar memang mahir bagi menyalurkan pengetahuan atau teori yang ada ke atas kertas jawapan pada setiap hujung semester dan mampu menjana 3.50 ke atas. Tetapi secara praktikalnya, mampukah para pelajar mentadbir sebuah institusi yang merupakan nadi dalam menyediakan maklumat kepada orang ramai? Cuba kita lihat dan fikirkan situasi perpustakaan sekarang yang mana hampir semua perpustakaan di Malaysia menghadapi masalah di mana kebanyakkan penggunanya lebih berminat untuk mendapatkan maklumat secara atas talian (online) berbanding datang ke perpustakaan. Oleh yang demikian, nilai tambah bagi sesebuah perpustakaan perlu diwujudkan. Contohnya menyediakan bahan-bahan digital yang boleh diakses secara atas talian oleh pengguna. Semua ini memerlukan kemahiran ICT bagi membina dan menguruskannya. Sebagai contoh lain, kebanyakkan perpustakaan akademik telah mempunyai sistem penyimpanan bahan terbitan universiti atau dikenali sebagai e-Repository. Dengan wujudnya e-Repository ini telah membantu para pensyarah berkongsi hasil penerbitan universiti atau jurnal yang mana akan menjadi rujukan para pelajar iaitu pengguna utama di perpustakaan akademik. Anda boleh rujuk e-Repository yang telah diwujudkan oleh perpustakaan di UiTM, UPM, USM, UUM dan sebagainya. Semuanya menggunakan open source system yang dikenali sebagai Eprint. Selain pada itu e-Repository boleh juga menggunakan open source system yang dipanggil sebagai DSpace. Ia telah digunakan oleh perpustakaan di UM dan UNIMAP. Anda boleh Google untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Oleh yang demikian, para pelajar perlu juga memahirkan diri dengan kemahiran ICT yang mana terang-terang menjadi sesuatu yang penting dalam bidang ini. Jangan kerana kita tidak mahir dalam bidang ICT, bidang ini dimonopoli oleh golongan lain.

Secara faktanya, ilmu mengkatalog bahan adalah sesuatu yang amat penting kerana ia menjadi sesuatu yang unik dan istimewa kepada pustakawan yang mempunyai kemahiran ini. Tetapi harus diingatkan yang perkembangan teknologi terlalu pesat sehinggakan segala aktiviti di dunia ini melibatkan teknologi termasuklah perpustakaan. Nasihat saya, pelajar-pelajar perlu menyeimbangkan kemahiran. Kita semua semestinya pernah mendengan tentang lifelong leraning. Pembelajaran sepanjang hayat. Walau seberapa lama anda dalam bidang kepustakawanan, ilmu yang ada perlu dikemaskini mengikut keadaan semasa. Jangan hanya bersandar pada kenangan yang mana akan memberi kesan buruk kepada bidang ini.

Di posting yang akan datang mungkin kita dapat berkongsi mengenai beberapa open source system yang boleh digunakan oleh perpustakaan dalam menambah nilai perkhidmatan kepada penggunanya. In shaa Allah.


Fazli Baharuddin 
Faculty of Information Management
University Teknologi MARA
Puncak Perdana Campus
Section U10, 40150 Shah Alam
Selangor Malaysia
e-mail: mfazlibaharuddin@gmail.com
http://fim.uitm.edu.my/
 

Sunday 19 February 2012

Bengkel Literasi Maklumat - Melaka

Pada 17 - 19 Februari 2012 telah diadakan "Bengkel Literasi Maklumat" di Melaka sempena Sambutan 750 Tahun Melaka di UiTM Melaka di mana bengkel ini anjuran bersama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM). Sebenarnya bengkel ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Literasi Maklumat yang telah diadakan di Negeri Sembilan pada tahun lepas dan InsyaAllah bengkel ini akan diteruskan di Terengganu. Bengkel Literasi Maklumat di Melaka ini telah dirasmikan oleh Datuk Gan Tian Loo iaitu Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan yang turut dihadiri oleh Rektor UiTM Melaka Datuk Prof Madya Dr. Mizan Bin Hitam dan YDP Persatuan Pustakawan Melaysia Prof. Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad. Bengkel ini disertai oleh 38 orang pelajar yang mana terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekolah sekitar Melaka antaranya adalah Sekolah Tinggi Melaka dan Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah. 

Objektif program ini adalah:
  1. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kumpulan sasaran mengenai teknik dan kaedah yang lebih berkesan untuk mengesan dan mengakses maklumat dengan cepat dan tepat.
  2.  Memberi bimbingan dan pengetahuan untuk menilai dan mengenalpasti sumber maklumat Internet yang sahih dan tepat.
  3. Mendedahkan kumpulan sasaran kepada dunia ICT untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
  4.  Mempromosi dan menggalakkan penggunaan kandungan digital kepada kumpulan sasaran.
Di dalam bengkel ini saya terlibat sebagai fasilitator bersama dengan 4 lagi fasilitator yang turut memberi ceramah berkenaan dengan topik yang diberikan. Saya sempat mengambil beberapa gambar untuk dikongsikan.





Fazli Baharuddin 
Faculty of Information Management
University Teknologi MARA
Puncak Perdana Campus
Section U10, 40150 Shah Alam
Selangor Malaysia
e-mail: mfazlibaharuddin@gmail.com
http://fim.uitm.edu.my/

Sunday 11 December 2011

Questions???


My friend asked, "why not many followers in your blog?". Its so difficult to answer such questions but I just answered, "probably because there is no song for downloaded or no picture popular artists," I smiled. Indeed, whereby in this blog only tells us about the activities that I did and will talk about academic matters, particularly information literacy and school resource centers.

When we talk about the question, maybe the next post we will talk about any one of Information Searching Process Model whereby it related with the question and people have to identify the question in order to get accurate, reliable and useful information. Thanks.

Fazli Baharuddin 
Faculty of Information Management
University Teknologi MARA
Puncak Perdana Campus
Section U10, 40150 Shah Alam
Selangor Malaysia
e-mail: mfazlibaharuddin@gmail.com
http://fim.uitm.edu.my/

Saturday 3 December 2011

Invention, Innovation and Design (IID Asean - Kedah)

On 19 - 20 November 2011, my colleagues and I have participated in Invention, Innovation and Design 2011 at Asean level at Universiti Teknologi MARA Kedah Campus. Below I would like to share an abstract regarding Mobile Opac Prototype based on Koha Open Source Integrated Library System which is our product and some photos. During this competition, we won Gold Medal and I would like to thanks to my group members and to organizer which is UiTM Kedah. Thanks.

ABSTRACT
As mobile devices become more ubiquitous among library patrons, the needs of having access to mobile Online Public Catalog (OPAC) is in high demand. Forrester Research estimates that there are about a billion computers in the world as mobile devices continue to proliferate and become more tightly integrated with our daily activities (Bowman & Willis, 2011). A number of libraries have begun deploying customized mobile web portals and applications to promote accessibility for patrons a search for a book and use existing library services. According to Mills (2009), staff at Cambridge University Library have observed customers using their camera phones to take pictures of the catalogue results screen, rather than noting catalogue search results on a piece of paper. 50% of respondents at both universities said they take photos of signs, books, etc to save information for later reference. In addition 55% of total respondents were in favour of being able to access the library catalogue from a mobile phone (Mills, 2009). Therefore, an initiative already taken by creating Mobile OPAC prototype which will facilitate library users. This prototype was developed based on Koha Open Source Integrated Library System. The mobile OPAC offers a great new way to find items and prepared library for future requirements, today.









Fazli Baharuddin 
Faculty of Information Management
University Teknologi MARA
Puncak Perdana Campus
Section U10, 40150 Shah Alam
Selangor Malaysia
e-mail: mfazlibaharuddin@gmail.com
http://fim.uitm.edu.my/

Bengkel Literasi Maklumat

Pada 15 - 17 November 2011 yang lalu, telah diadakan Bengkel Literasi Maklumat yang merupakan anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan di Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) Negeri Sembilan. Ini merupakan program pertama yang mana selepas ini akan diadakan di Melaka dan Terengganu. Saya merupakan salah seorang fasilitator yang terlibat di dalam program ini. Di bawah ini saya ingin berkongsi gambar-gambar yang sempat diambil ketika program berlangsung.





















Fazli Baharuddin 
Faculty of Information Management
University Teknologi MARA
Puncak Perdana Campus
Section U10, 40150 Shah Alam
Selangor Malaysia
e-mail: mfazlibaharuddin@gmail.com
http://fim.uitm.edu.my/

Thursday 18 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Nur Ramadhan 2011




Semalam telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Nur Ramadhan 2011 UiTM Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana yang bertempat di dewan peperiksaan Bangunan FSK 6 bermula pada jam 5.00 petang hingga 11.00 malam. Majlis ini dihadiri oleh staf akademik dan staf sokongan dari Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana sendiri. Tetamu VIP pada majlis ini adalah Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Penolong Naib Canselor UiTM Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana, Prof. Sr. Ir. Dr. Suhaimi Abdul Talib. Saya sempat mengambil gambar untuk dikongsikan dengan semua.






Fazli Baharuddin 
Faculty of Information Management
University Teknologi MARA
Puncak Perdana Campus
Section U10, 40150 Shah Alam
Selangor Malaysia
e-mail: mfazlibaharuddin@gmail.com
http://fim.uitm.edu.my/

Monday 15 August 2011

Lawatan - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor






































This visit was organized by the Faculty of Information Management, UiTM. Here, I want to share the pictures been taken by me. Indeed, this library has changed 100% where it has given new hope to the world's libraries. I loved it, and the greater is the objective of this library is "Reducing the crime rate in Selangor." This should be the role of the library because the library should not be confined in its old role because the world has changed. To more details about the PPAS, you can visit the http://www.ppas.gov.my/


Fazli Baharuddin 
Faculty of Information Management
University Teknologi MARA
Puncak Perdana Campus
Section U10, 40150 Shah Alam
Selangor Malaysia
e-mail: mfazlibaharuddin@gmail.com
http://fim.uitm.edu.my/