Sunday 19 February 2012

Bengkel Literasi Maklumat - Melaka

Pada 17 - 19 Februari 2012 telah diadakan "Bengkel Literasi Maklumat" di Melaka sempena Sambutan 750 Tahun Melaka di UiTM Melaka di mana bengkel ini anjuran bersama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM). Sebenarnya bengkel ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Literasi Maklumat yang telah diadakan di Negeri Sembilan pada tahun lepas dan InsyaAllah bengkel ini akan diteruskan di Terengganu. Bengkel Literasi Maklumat di Melaka ini telah dirasmikan oleh Datuk Gan Tian Loo iaitu Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan yang turut dihadiri oleh Rektor UiTM Melaka Datuk Prof Madya Dr. Mizan Bin Hitam dan YDP Persatuan Pustakawan Melaysia Prof. Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad. Bengkel ini disertai oleh 38 orang pelajar yang mana terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekolah sekitar Melaka antaranya adalah Sekolah Tinggi Melaka dan Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah. 

Objektif program ini adalah:
  1. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kumpulan sasaran mengenai teknik dan kaedah yang lebih berkesan untuk mengesan dan mengakses maklumat dengan cepat dan tepat.
  2.  Memberi bimbingan dan pengetahuan untuk menilai dan mengenalpasti sumber maklumat Internet yang sahih dan tepat.
  3. Mendedahkan kumpulan sasaran kepada dunia ICT untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
  4.  Mempromosi dan menggalakkan penggunaan kandungan digital kepada kumpulan sasaran.
Di dalam bengkel ini saya terlibat sebagai fasilitator bersama dengan 4 lagi fasilitator yang turut memberi ceramah berkenaan dengan topik yang diberikan. Saya sempat mengambil beberapa gambar untuk dikongsikan.





Fazli Baharuddin 
Faculty of Information Management
University Teknologi MARA
Puncak Perdana Campus
Section U10, 40150 Shah Alam
Selangor Malaysia
e-mail: mfazlibaharuddin@gmail.com
http://fim.uitm.edu.my/

No comments:

Post a Comment