Terasa lama tidak menulis di blog. Untuk pengetahuan semua, blog ini masih
wujud dan sedia berkongsi pendapat dan pandangan dari segala aspek akademik
atau bukan akademik. Terasa ingin menambah penulisan di sini bila mana melihat
pelajar-pelajar yang masih belum cukup bersedia untuk ke medan kepustakawanan.
Oleh yang demikian, mari kita bercakap mengenai kekuatan kemahiran ICT yang
perlu ada dalam setiap pelajar sains perpustakaan ini. Secara teorinya kebanyakkan
para pelajar memang mahir bagi menyalurkan pengetahuan atau teori yang ada ke
atas kertas jawapan pada setiap hujung semester dan mampu menjana 3.50 ke atas.
Tetapi secara praktikalnya, mampukah para pelajar mentadbir sebuah institusi
yang merupakan nadi dalam menyediakan maklumat kepada orang ramai? Cuba kita
lihat dan fikirkan situasi perpustakaan sekarang yang mana hampir semua
perpustakaan di Malaysia menghadapi masalah di mana kebanyakkan penggunanya
lebih berminat untuk mendapatkan maklumat secara atas talian (online)
berbanding datang ke perpustakaan. Oleh yang demikian, nilai tambah bagi
sesebuah perpustakaan perlu diwujudkan. Contohnya menyediakan bahan-bahan
digital yang boleh diakses secara atas talian oleh pengguna. Semua ini
memerlukan kemahiran ICT bagi membina dan menguruskannya. Sebagai contoh lain,
kebanyakkan perpustakaan akademik telah mempunyai sistem penyimpanan bahan
terbitan universiti atau dikenali sebagai e-Repository.
Dengan wujudnya e-Repository ini
telah membantu para pensyarah berkongsi hasil penerbitan universiti atau jurnal
yang mana akan menjadi rujukan para pelajar iaitu pengguna utama di
perpustakaan akademik. Anda boleh rujuk e-Repository
yang telah diwujudkan oleh perpustakaan di UiTM, UPM, USM, UUM dan sebagainya.
Semuanya menggunakan open source system
yang dikenali sebagai Eprint. Selain
pada itu e-Repository boleh juga
menggunakan open source system yang
dipanggil sebagai DSpace. Ia telah
digunakan oleh perpustakaan di UM dan UNIMAP. Anda boleh Google untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Oleh yang demikian,
para pelajar perlu juga memahirkan diri dengan kemahiran ICT yang mana
terang-terang menjadi sesuatu yang penting dalam bidang ini. Jangan kerana kita
tidak mahir dalam bidang ICT, bidang ini dimonopoli oleh golongan lain.
Secara faktanya, ilmu mengkatalog bahan adalah sesuatu yang amat penting
kerana ia menjadi sesuatu yang unik dan istimewa kepada pustakawan yang
mempunyai kemahiran ini. Tetapi harus diingatkan yang perkembangan teknologi
terlalu pesat sehinggakan segala aktiviti di dunia ini melibatkan teknologi
termasuklah perpustakaan. Nasihat saya, pelajar-pelajar perlu menyeimbangkan
kemahiran. Kita semua semestinya pernah mendengan tentang lifelong leraning. Pembelajaran sepanjang hayat. Walau seberapa
lama anda dalam bidang kepustakawanan, ilmu yang ada perlu dikemaskini mengikut
keadaan semasa. Jangan hanya bersandar pada kenangan yang mana akan memberi
kesan buruk kepada bidang ini.
Fazli Baharuddin
Faculty of Information Management
University Teknologi MARA
Puncak Perdana Campus
Section U10, 40150 Shah Alam
Selangor Malaysia
e-mail: mfazlibaharuddin@gmail.com
http://fim.uitm.edu.my/
Faculty of Information Management
University Teknologi MARA
Puncak Perdana Campus
Section U10, 40150 Shah Alam
Selangor Malaysia
e-mail: mfazlibaharuddin@gmail.com
http://fim.uitm.edu.my/
Saya setuju selain teori banykan praktikal dan student harus didedahkan dengan situasi di perpustakaan, masaalah2 yang mereka akan hadapi bila berada di dalam perpustakaan contohnya staff management, office politic, dan juga tidak ketinggalan cara2 melakukan proposal untuk menyakinkan boss2 library yang bukan background library memahami keadaan dan keperluan library... :)
ReplyDeleteIni cuma sedikit pandangan. Mungkin kita ada banyak lagi cara bagi memantapkan lagi kemahiran dalam bidang ini. Tak begitu En. Syafiq?
ReplyDeletebtoi2 global librarian movement.. Free and move volunteer to help librarian in need...
ReplyDelete